KHASIAT UBI KELEDEK UNGU

Kerepek Ubi Keledek Unggu

Ubi keledek unggu mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Ubi keledek kaya dengan vitamin B6, potassium, beta karotene, mangan, vitamin C dan juga vitamin E.
Ubi keledek unggu juga mempunyai kandungan anthocyanin.
Anthocyanin adalah salah satu antioksidan yang penting untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi memerangi serangan pelbagai penyakit kronik seperti kardiovaskular, kanser dan lain-lain penyakit moden serta proses penuaan.
Ubi keledek unggu juga mampu untuk stabilkan gula darah dan resistensi insulin yang lebih rendah. Protein dalam ubi keledek unggu dapat mengatur kadar gula dalam darah dan seterusnya mengawal kencing manis.
Selain itu, Ubi keledek unggu dapat menguatkan ingatan, Magnesium dalam keledek diperlukan untk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, stroke, otot dan juga fungsi saraf.