KHASIAT KEREPEK UBI KELADI

Kerepek Ubi Keladi


Khasiat Ubi Keladi:
Khasiat ubi keladi sangat jarang dikongsikan . Kebanyakan dari kita hanya tahu keenakan ubi keladi sahaja . Tahukah anda bahawa ubi keladi banyak khasiatnya malah baik untuk kseihatan juga . Bagi masyarakat Cina , Korea dan Jepun , ubi keladi telah lama digunakan dalam perubatan tradisional mereka .

Vitamin

Ubi keladi mengandungi khasiat penting yang diperlukan oleh manusia setiap hari . Kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam ubi keladi menjadikan hati kita dapat berfungsi dengan baik .
Vitamin C dalam ubi keladi memainkan peranan penting dalam menentang radikal bebas dalam tubuh manusia . Selain itu , vitamin C pada ubi keladi dapat menjadikan seseorang itu awet muda , memperbaiki sistem imun , menyembuhkan luka dan membantu alam pertumbuhan tulang manusia .

Mineral

Ubi keladi padat dengan kandungan kuprum , kalsium , potasium , zat besi , mangan dan fosforus . Oleh sebab itu , ubi keladi menjadi sumber galian ( mineral ) yang baik kepada keperluan manusia .
Kandungan potasium yang tinggi dan seimbang tetapi rendah sodium dalam ubi keladi dapat membantu melindungi jantung dan menentang osteoporosis juga membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah . Ini kerana potasium merupakan komponen penting bagi sel dan cecair tubuh .
Manakala kuprum atau tembaga dalan ubi keladi pula amat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah .
Mangan yang terdapat dalam ubi keladi pula dapat digunakan oleh tubuh sebagai kofaktor untuk enzim antioksidan . Manakal zat besi pula diperlukan dalam pembentukan sel darah merah .
Ubi keladi juga mengandungi lemak tepu tetapi dalam paras yang rendah . Sudah tentu ianya selamat untuk jantung .

Serat

Kepadatan serat ( fiber ) dalam ubi keladi dapat membantu meningkatan kesihatan usus
terutamanya untuk sistem pencernaan. Membantu menghindari obesity, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Korbohidrat

Keladi bersifat kanji. Hampir keseluruhan kandungannya adalah karbohidrat. Ia membekalkan hampir 40 gram karbohidrat untuk 1 cawan keladi. Karbohidrat juga adalah pembekal tenaga kepada tubuh badan yang membolehkan badan memelihara protein untuk kegunaan lain daripada pengeluaran tenaga.

Protein
Keladi mengandungi agak sedikit protein. Badan manusia menggunakan protein untuk membina otot, tisu pembaikan dan mensintesis molekul biologi seperti enzim dan hormone. Protein juga berfungsi sebagai sumber bahan api untuk badan manusia jika anda tidak mengambil kabohidrat yang mencukupi. Pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan protein harian sebanyak 0.8 gram per paun berat badan.

Rendah Lemak
Keladi sangat rendah lemak dan menyumbang kurang dari 0.25 gram bagi setiap 1 cawan hidangan keladi. Lemak penting untuk membrane sel sihat dan membenarkan badan anda untuk menyerap vitamin larut lemak. Lemak yang berlebihan boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular. Kandungan lemak yang rendah dalam keladi boleh membantu anda mengurangkan penggunaan lemak.